UniSZA universiti pertama di Pantai Timur tubuh Pusat Satelit ISN - Utusan Malaysia

UniSZA universiti pertama di Pantai Timur tubuh Pusat Satelit ISN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini menjadi universiti pertama di Pantai Timur menubuhkan Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN).

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, penubuhan pusat satelit berkenaan bertujuan memberi perkhidmatan perubatan, sains sukan dan rehabilitasi.

Beliau berkata, Pusat Satelit ISN itu juga diyakini dapat meningkatkan prestasi atlet sekaligus memacu pencapaian lebih baik di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, pusat satelit itu antara lain menyediakan perkhidmatan ujian diagnostik dan radiologi, pemulihan kecederaan, ujian kecergasan dan konsultasi pemakanan sukan.

“Selain merawat atlet, Pusat Satelit ISN juga membuka peluang kerjasama pembangunan dan perkembangan sains, teknologi dan inovasi sukan, pendidikan serta penyelidikan.

“Penubuhannya bakal meningkatkan prestasi atlet dan kecemerlangan sukan negara pada tahap yang lebih unggul serta bertaraf dunia,” katanya dalam Majlis Perasmian Pusat Satelit ISN UniSZA di Kompleks Sukan UniSZA di sini, hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md. Ramli 

Menurut beliau, penubuhan pusat satelit itu melalui Fakulti Sains Kesihatan turut membolehkan kerjasama perkongsian kepakaran antara ISN dan UniSZA.

“Ekosistem sukan tanah air juga boleh dipacu ke peringkat lebih tinggi selari dengan hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” tambahnya. – UTUSAN=

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN