UniSZA salur biasiswa wakaf, bantuan awal kepada pelajar baharu - Utusan Malaysia

UniSZA salur biasiswa wakaf, bantuan awal kepada pelajar baharu

FADZLI Adam (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar asnaf di kampus UniSZA Gong Badak di Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyalurkan biasiswa wakaf dan bantuan awal pengajian kepada tiga pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda UniSZA untuk sesi kemasukan 2024/2025, hari ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, pemberian skim biasiswa wakaf itu menggunakan sumber wakalah zakat daripada institusi dan orang ramai.

“Ini adalah salah satu jaminan sosial untuk memberi galakan dan sokongan kepada pelajar mualaf ini untuk terus berpegang teguh dengan agama Islam.

“Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar terpilih hasil siasatan yang telah dilakukan dengan terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda UniSZA Sesi Kemasukan 2024/2025 di Kampus Gong Badak, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Naib Canselor telah menyampaikan biasiswa wakaf kepada pelajar asnaf mualaf UniSZA, Noor Firdaws Barakth Arunachalam Lakshmanan yang juga pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.

Terdahulu, pelajar sedia ada UniSZA yang baru sahaja memeluk agama Islam iaitu Aaron Lim Teck Ming turut menerima bantuan penuh pengajian dan sara hidup.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelajar berstatus asnaf mualaf ditanggung sepenuhnya yuran pengajian, yuran asrama dan elaun sara hidup dengan menggunakan sumber zakat berjumlah RM 36,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN