Umar Uzair wakili Malaysia ke Istanbul

Umar Uzair wakili Malaysia ke Istanbul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, penyair dan penulis lirik, Umar Uzair teruja dijemput untuk mewakili Malaysia sempena Resepsi Diplomatik di Istanbul dan bakal membuat persembahan sambil memperkenalkan kesenian dan kebudayaan Malaysia.

Terkenal dengan lagu-lagu kepuisian, Umar yang juga merupakan penggerak muzikalisasi puisi dalam negara berkata, undangan yang diterima sangat bermakna.

“Ini merupakan penghargaan yang tinggi terhadap arena kepuisian dan kesusasteraan kebangsaan sebagai usaha saya memperkenalkan budaya bangsa Malaysia kepada khalayak antarabangsa.” katanya.

Menurut Ketua Sumatera Barat (Sumbar), Sastri Bakry berkata, Sumbar Talenta Indonesia diundang setiap tahun untuk memeriahkan resepsi diplomatik serta festival budaya dari berbagai negara termasuk Turkey.

“Kali ini kami berkolaborasi bersama Umar kerana beliau sering tampil bersama di Jakarta, Sumbar, Malaysia dan Singapura sejak belasan tahun lalu.

“Umar juga selalu menyanyikan lagu Minang dan lagu Indonesia yang mendapat sambutan hangat di Nusantara,” katanya dalam satu kenyataan media.

Lebih 40 kali membawa misi kebudayaan dan mempromosikan Minangkabau ke acara antarabangsa hampir ke semua benua, Sumbar Talenta Indonesia yang berpusat di Padang, Indonesia merupakan sebuah gagasan seni dan budaya serumpun yang telah bergerak sejak 2004 serta mengadakan pelbagai aktiviti kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan yang tidak tertumpu di Indonesia malah ke pelbagai negara.

Umar juga mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia ke Istanbul akan mengadakan persembahan bersama Sumbar Talenta Indonesia di Hilton Istanbul Bosphorus pada 19 September dan Grand Bazaar Istanbul pada 22 September depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya