UKM terima 6,718 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda UKM terima 6,718 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda

UKM terima 6,718 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda

Profesor Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima seramai 6,718 pelajar baharu bagi pengambilan Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025.

Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata, pada tahun ini UKM telah menerima sebanyak 86,364 permohonan.

“Daripada 6,718 pelajar baharu yang mendaftar, seramai 1,803 pelajar kemasukan baharu ke UKM adalah daripada keluarga B40.

“Manakala seramai 303 pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan B10 iaitu kurang RM1,000 sebulan,” katanya.

Pelajar baharu akan menjalani program suai kenal iaitu Minggu Apresiasi Watan (MAW) bermula hari ini sehingga 2 Oktober ini.

Selanjutnya, Mohd. Ekhwan berkata, terdapat pelbagai bentuk bantuan disediakan bagi meringankan beban keluarga pelajar.

“Para pelajar akan menerima pelbagai bentuk bantuan yang disediakan termasuk bantuan yuran kemasukan, bantuan zakat dan kemudahan kolej khusus kepada pelajar asnaf secara percuma sepanjang semester.

“Pihak kami santuni setiap kondisi para pelajar dengan menyediakan kemudahan penginapan dan bantuan kebajikan yang bersesuaian bagi memberi keselesaan kepada meraka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN