UKM-ChemPartner meterai MoA, tingkat bidang perubatan, sains kesihatan - Utusan Malaysia

UKM-ChemPartner meterai MoA, tingkat bidang perubatan, sains kesihatan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (empat, kiri), menyaksikan pemeteraian MoU antara Mara Aerospace & Technologies Sdn Bhd
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menandatangani kerjasama strategi dalam memorandum perjanjian (MoA) dengan ChemPartner di sini, hari ini. 

Kerjasama baharu dengan ChemPartner ini meningkatkan keupayaan univerisiti awam itu dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

Selain memanfaatkan kepakaran global dimiliki ChemPartner, kerjasama ini juga bertujuan mewujudkan hab perubatan dan perkhidmatan terkemuka di Malaysia dengan memberi fokus kepada penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan produk perubatan serta bioteknologi inovatif.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama kedua-dia pihak itu perlu diteruskan supaya dapat mewujudkan sebuah hab farmaseutikal yang mengeluarkan ubat-ubatan yang mendapat pensijian halal pertama di Malaysia.

“Halal bukanlah sesuatu yang hanya bersifat keagamaan, sebaliknya membawa manfaat yang menyeluruh buat semua umat manusia. Justeru, gagasan penubuhan hab perubatan halal ini seharusnya disambut baik oleh semua pihak kerana ia bakal memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat di kedua-dua buah negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada media Malaysia sini, hari ini. 

Pemeteraian MoA antara UKM, ChemPartner Pharmatech Co. Ltd. dan sebuah syarikat tempatan dikenali sebagai Pharma Medical Sdn. Bhd. disaksikan Timbalan Perdana Menteri sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN