Tuntutan cerai jadi hadiah ulangtahun kelahiran Fattah Amin? - Utusan Malaysia

Tuntutan cerai jadi hadiah ulangtahun kelahiran Fattah Amin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Khabar mengenai pelakon Nur Fazura memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin menjadi sorotan ramai sejak semalam.

Lebih mencuri perhatian, aktres wanita popular itu telah memfailkan perceraian tersebut sehari sebelum ulang tahun kelahiran Fattah pada 14 September.

Berita sensasi itu turut menimbulkan pelbagai reaksi daripada ramai pihak yang rata-ratanya sedih, dan ada juga yang meluahkan rasa marah terhadap Fattah.

Namun, ada juga netizen yang mengharapkan pasangan itu dapat menyelesaikan sengketa rumah tangga mereka dengan baik.

Terdahulu, Fazura dikhabarkan telah memfailkan perceraian tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, tengah hari tadi.

Namun, pelakon wanita itu tidak didedahkan butiran yang terperinci mengenai punca dirinya bertindak sedemikian.

Susulan itu, Fattah masih tenang dan tidak memberikan sebarang reaksi mengenai tindakan isterinya itu meskipun sudah diasak dengan pelbagai kecaman.

Bagaimanapun, pihak Utusan Malaysia masih gagal menghubungi kedua-dua pelakon itu untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

Terdahulu, Fattah dan Fazura telah mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat ketika mendedahkan status hubungan mereka sebagai pasangan kekasih sekitar tahun 2016.

Kemudian, pasangan tersebut telah berkahwin pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya