Tunggu hasil siasatan polis - GISBH 

Tunggu hasil siasatan polis – GISBH 

GISBH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) meminta semua pihak menunggu hasil siasatan polis untuk beberapa hari berhubung kes melibatkan syarikat mereka.

GISBH dalam satu kenyataan mengesahkan penahanan pengerusi, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan beberapa kepimpinan mereka telah ditahan pihak berkuasa.

“Sebagai menghormati tugas yang dijalankan oleh pihak berkuasa dan demi keadilan undang-undang, diminta semua pihak menunggu hasil siasat.

“Justeru, kami mohon kerjasama semua pihak dan doa supaya segala kekusutan dan kesulitan ini terlerai dengan segera,” jelas kenyataan itu. 

Menurut kenyataan itu lagi, GISBH berharap keadilan semua pihak dapat ditegakkan.

“Semoga kita semua beroleh rahmat dan keredhaan Allah,” jelas kenyataan itu.

Semalam, 19 individu termasuk CEO GISBH dan isterinya ditahan selepas polis menyerbu empat unit kondominium di Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pukul 5.40 pagi.

Kesemua mereka direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dakwaan eksploitasi manusia termasuk pemerdagangan kanak-kanak.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin terhadap kesemua suspek berusia 25 hingga 65 tahun terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita termasuk seorang yang dipercayai anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya