Tun Musa Hitam dilantik Menteri Darjah baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia

Tun Musa Hitam dilantik Menteri Darjah baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia

A. Samad
MUSA HITAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Musa Hitam dilantik sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia berkuat kuasa 13 September lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong adalah untuk tempoh tiga tahun sehingga 12 September 2027.

“Pelantikan ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.

“Ini bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar,” katanya hari ini.

Untuk makluman, jawatan Menteri Darjah ini bukan berstatus menteri.

Setiap darjah kebesaran, pingat dan bintang ada watikah. Setiap watikah perlu ditandatangani oleh dua pihak, iaitu Pendaftar Darjah, Menteri Darjah sebelum ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN