Tukang urut dipenjara lima tahun, lakukan amang seksual fizikal terhadap pelanggan - Utusan Malaysia

Tukang urut dipenjara lima tahun, lakukan amang seksual fizikal terhadap pelanggan

ISHAK Abdul Rahman (tengah) yang dipenjarakan lima tahun atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang tukang urut dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap pelanggannya, tahun lalu.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu hari ini selepas Ishak Abdul Rahman, 57, didapati bersalah atas tuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Ishak didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 16 tahun 10 bulan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan keji itu di sebuah pondok di daerah Dungun sekitar pukul 8.45 malam pada 21 Februari 2023.

Bagi kesalahan itu, Ishak didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noradila Ab. Latif manakala tertuduh diwakili Nor Azri Mohd. Arif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN