Tujuh remaja sesat tiga jam di Bukit Maras - Utusan Malaysia

Tujuh remaja sesat tiga jam di Bukit Maras

TUJUH remaja yang ditemukan selamat setelah tersesat di Bukit Maras, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Tujuh remaja ditemukan selamat selepas tersesat hampir tiga jam ketika turun dari puncak Bukit Maras di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kesemua pendaki berkenaan berusia antara 16 sehingga 19 tahun.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira pukul 11 pagi sebelum lima pegawai dan anggota dari Balai Polis Batu Rakit digerakkan ke lokasi.

Menurut Azli, operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu turut disertai seramai 13 pegawai dan anggota Balai Bomba Kuala Nerus serta tujuh penduduk kampung.

“Pasukan SAR kemudian menerima panggilan telefon daripada salah seorang mangsa yang memaklumkan telah menjumpai laluan asal pendakian pada pukul 12 tengah hari.

“Usaha mengesan lokasi kesemua mangsa diteruskan sehingga setengah jam kemudian untuk membawa mangsa yang dilaporkan mengalami kekejangan.

“Kesemua tujuh remaja terbabit akhirnya berjaya diselamatkan dan tiba di kaki Bukit Maras pada pukul 1 petang dengan bantuan bomba dan penduduk kampung,” katanya.

Azli menjelaskan, enam daripada tujuh mangsa merupakan remaja dari Terengganu manakala seorang rakan mereka berasal dari Johor

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan menggunakan laluan asal ketika melakukan pendakian di kawasan gunung atau bukit.

“Peminat sukan lasak juga dinasihatkan tidak melakukan aktiviti ini (mendaki) sekiranya cuaca buruk bagi mengelak risiko berlaku kejadian tidak diingini,” tambah Azli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya