Tujuh lagi termasuk anak CEO GISBH ditahan

Tujuh lagi termasuk anak CEO GISBH ditahan

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh lagi individu termasuk seorang anak kepada Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dan anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad, awal pagi ini.

Kesemua mereka ditahan menerusi Op Global di empat lokasi berasingan di Temerloh, Pahang; Port Dickson, Negeri Sembilan dan Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, serbuan dilakukan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bermula pukul 11 malam tadi sehingga 4.07 pagi ini.

“Kesemua individu ditahan berusia antara 32 sehingga 35 tahun merupakan Remaja Pembela Ummah (RPU) GISBH.

“Penahanan mereka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, penahanan terbaharu itu menjadikan keseluruhan 31 individu ditahan sejak kelmarin bagi membantu siasatan berhubung pelbagai kes yang dikaitkan dengan rumah amal kendalian GISBH.

Menurut Razarudin, ketujuh-tujuh suspek dibenarkan reman selama tujuh hari sehingga 26 September ini oleh Mahkamah Majistret Shah Alam selepas permohonan dibuat polis.

Katanya, soal siasat awal masih dijalankan dan kesemua suspek dimasukkan ke dalam Lokap Berpusat Shah Alam.

Terdahulu, seramai 19 individu termasuk pengerusi yang juga CEO GISBH bergelar Datuk ditahan menerusi Op Global bagi membantu siasatan dihadapi syarikat berkenaan.

Turut ditahan isteri dan dua anaknya serta anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad.

Ia susulan penahanan lima individu termasuk dua anak pengerusi GISBH ketika cuba keluar dari negara ini di Bukit Kayu Hitam, Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN