‘Tugas seniman perjuangkan kebenaran’ - Utusan Malaysia

‘Tugas seniman perjuangkan kebenaran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUAH demo di Indonesia bernama Kawal Putusan MK dan Peringatan Darurat yang digerakkan golongan mahasiswa, pekerja juga selebriti masih hangat diperkatakan sehingga hari ini.

Protes berkenaan menyuarakan ribuan rakyat republik itu yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Konstitusi (MK) terhadap situasi terkini dalam pentadbiran politik Indonesia khususnya menjelang Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024.

Beberapa artis negara itu turut mengambil peranan berdemo dengan memainkan layar biru Peringatan Darurat seperti di konsert Hindia, Sal Priadi, Nadin Amizah dan tidak ketinggalan Kunto Aji.

“Saya percaya seniman sepatutnya menggunakan platform untuk menyuarakan kebenaran. Selagi perkara itu saya yakin benar dan betul, saya tidak takut untuk bersuara.

“Saya akur tindakan itu mungkin berdepan risiko seperti ada jenama yang mungkin takut untuk bekerjasama dengan saya. Tapi dalam hidup, kita kena bersedia meninggalkan apa yang buruk dan memilih yang terbaik,” katanya.

Jelas penyanyi asal Jogyakarta itu lagi, ketika protes berlangsung, ramai selebriti turut mengambil bahagian dalam aksi tunjuk perasaan seperti pelakon, Reza Rahadian.

“Sebenarnya, Reza Rahadian tidak pernah bercakap tentang politik. Jadi apabila dia tiba-tiba turun dan bersuara, itu pun sudah cukup menandakan situasi itu darurat.

“Bukan hanya Reza, malah seniman lain pun turun ke jalan dan menggunakan platformnya. Kami tidak menyokong mana-mana figura politik atau membela parti apapun. Kami hanya membela negara,” katanya.

Kunto ditemui Utusan Malaysia di sesi sidang media selepas konsert Perjalanan Menawar Racun, di Zepp Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Penyanyi Pilu Membiru itu berpendapat, walaupun tidak mengkritik sistem politik secara terang-terangan di dalam lagu, namun penyanyi itu percaya, karya ciptaannya yang menyentuh isu kesihatan mental turut memberi impak tertentu.

“Saya tidak membincangkan politik secara langsung di dalam lagu, tapi saya mengangkat sesuatu tentang memanusiakan manusia.

“Saya percaya, jika seorang manusia sudah selesai dengan dirinya, faham akan kesedaran mental. Itu akan berguna untuknya dan masyarakat di sekeliling,” jelasnya.

Kuala Lumpur kota paling seronok
Menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi terakhir konsert jelajah Perjalanan Menawar Racun, Kunto yang mesra disapa peminat sebagai Maskun, menyifatkan tenaga yang diberikan penonton Malaysia sangat hebat.

“Alhamdulillah, sebelum persembahan saya sempat makan durian, nasi kahwin dan nasi lemak.

“Persembahan di Kuala Lumpur juga adalah kemuncak penutup siri jelajah. Ini adalah persembahan paling seronok berbanding kota lain kerana semangat penontonnya yang luar biasa.

“Saya juga sengaja membawa sejambak bunga hidup di atas panggung untuk memberikan energi. Saya tiada bunga kesukaan, jadi penganjur yang pilihkan bunga Sundal Malam,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kunto bakal mengadakan konsert Urup pada 1 Januari 2025 di Jogyakarta. Persembahan itu berkonsepkan sebuah konsert yang diadakan selepas solat Subuh untuk menyambut kedatangan matahari pagi di tahun baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya