Tuduhan minum ‘air kaki’ pemimpin tuduhan pelik - GISBH

Tuduhan minum ‘air kaki’ pemimpin tuduhan pelik – GISBH

GISBH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurusan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) menyifatkan dakwaan ‘minum air kaki’ pemimpin mereka sebagai satu tuduhan yang tidak berasas dan pelik. 

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Nasiruddin Mohd Ali berkata, sekiranya tohmahan itu berasas, sudah tentu ia akan dikongsikan dalam pameran mahupun ekspo yang dilaksanakan syarikat itu sebelum ini. 

“Jadi ini sangat tidak berasas. Kita pelik sebagai  orang Islam membawa cerita begitu dan benda ini saya dah katakan memang tidak ada dalam jemaah ini

“Saya duduk dalam perjuangan ini lebih 44 tahun. Tidak cerita air kaki, tidak pernah nampak dan sebagainya. Muncul cerita ini seolah-olah yang difitnah 30 tahun dulu muncul balik,” katanya menerusi rakaman video di laman sosial.

Sebelum ini media melaporkan, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mendedahkan kewujudan kultus berunsur gengterisme agama dalam negara ini dengan mengamalkan anutan dan kepercayaan yang sangat taksub dengan pemimpin dan pertubuhan mereka.

Selain itu, katanya, kepercayaan itu termasuk tentang keagungan pemimpin mereka bahkan mereka dipaksa untuk memakan dan minum ‘air berkat’ pemimpin mereka. 

Mengulas lanjut, Nasiruddin berkata, pihak berkuasa seharusnya memberikan nasihat atau mengadakan perbincangan dengan GISB sebelum tindakan diambil.

“Hasil daripada itu pula kata memperdagangkan manusia, mengeksploitasi kanak-kanak. Jadi benda ni berlaku begitu pantas, langsung tak ada perundingan. 

“Pelik lah sebab kami ini orang Islam. Jadi tohmahan lain, keluar dalam media sosial macam-macam. Hura-hara kita ini lebih daripada Gaza. 

“Jadi saya sangat kesal. Benda yang sangat jijik dan cerita ini tak berasas. Kemudian tak ada tunjuk bukti. Dalam 30 tahun ini, kalau betul ada, tunjukkan lah (bukti) 30 tahun ini mana,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya