Tolak MoU peruntukan, pembangkang sengaja cari pasal

Tolak MoU peruntukan, pembangkang sengaja cari pasal

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pembangkang dilihat sengaja hendak cari hal dengan kerajaan perpaduan apabila sengaja menolak bulat-bulat draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, draf yang disediakan telah dibincangkan dan diteliti secara profesional oleh kerajaan perpaduan sebelum ditawarkan kepada pembangkang.

“Pembangkang ini sengaha nak cari hal. Syarat-syarat yang telah ditetapkan itu semua untuk kebaikan dan manfaat kepada negara.

“Misalnya, kita minta sekiranya ingin dapat peruntukan ahli Parlimen pembangkang yang kaya raya itu diminta isytiharkan harta. Tapi mereka tak mahu, mereka takut sebab itu mereka berdalih.

“Orang Melayu kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kita minta mereka isytihar harta, senang sahaja. Isytiharkan harta, kami beri peruntukan tapi, mereka degil, tak nak (isytihar harta),” katanya apabila diminta mengulas tentang MoU Peruntukan Pembangkang yang dilihat perlu dikaji semula setelah ditolak sebulat suara oleh pembangkang.

Beliau berkata demikian semasa Program Sentuhan Kasih KPKT bersama masyarakat tionghua, di sini semalam.

Kor Ming yang juga, Ketua Whip Parlimen DAP berkata, beliau melihat pembangkang seolah-olah sengaja hendak memporak-perandakan negara supaya dapat mengagalkan aspirasi Malaysia Madani.

Jika dilihat syarat-syarat yang ditawarkan oleh kerajaan perpaduan amat munasabah jadi, tiada alasan untuk draf tersebut ditolak.

Justeru, beliau meminta rakyat menilai sendiri sikap pemimpin pembangkang yang enggan bekerjasama dengan kerajaan untuk membangunkan negara.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pembangkang telah membuat ketetapan menolak (MoU) daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

Katanya, keputusan tersebut dibuat berasaskan empat sebab utama iaitu ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan; bertentangan nilai budaya, moral dan agama; boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN