TM alami masalah kabel dasar laut, pengguna Unifi mungkin terjejas

TM alami masalah kabel dasar laut, pengguna Unifi mungkin terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Telekom Malaysia Berhad (TM) dilapor mengalami masalah kabel dasar laut sekali gus dikhuatiri memberi kesan kepada penggunaan internet terutamanya perkhidmatan Unifi. 

Unifi dalam satu kenyataan di laman sosial malam tadi berkata, pasukannya sedang berusaha secara aktif untuk menangani situasi itu dan mengoptimumkan sambungan pengguna dalam tempoh ini.

“Kami memahami kepentingan untuk terus berhubung dan sedang mengambil semua langkah yang perlu untuk meminimumkan gangguan semasa pembaikan sedang dijalankan.

“Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman semua semasa kami berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Kami akan memberikan kemas kini apabila kemajuan dicapai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN