TikTok sudah tutup akaun jual gula-gula khayal - Fahmi

TikTok sudah tutup akaun jual gula-gula khayal – Fahmi

Platform media sosial TikTok
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi mengesahkan TikTok sudah menutup satu akaun yang memaparkan aktiviti jualan gula-gula khayal disyaki dadah daripada platform media sosial itu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, hasil semakan hari ini mendapati, TikTok sudah menurunkan akaun itu dan ia tidak lagi boleh diakses di negara ini.

“Carian pagi tadi menunjukkan pihak TikTok mengambil tindakan menurunkannya. Akaun itu tidak lagi boleh diakses, ia telah hilang,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Susulan itu, katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuat laporan polis berhubung kegiatan penjualan gula-gula khayal itu di platform itu hari ini.

“Laporan polis itu dibuat hari ini selepas perkara itu didedahkan pengguna media sosial di aplikasi X baru-baru ini.

“Bagaimanapun berdasarkan produk terbabit, saya minta MCMC meluaskan siasatan dan carian untuk mengenal pasti pihak lain yang cuba menjual dadah seperti ini di platform bukan hanya TikTok, tetapi (di platform media sosial) lain.

“Kita serah kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, SKMM juga akan meminta penjelasan daripada pihak TikTok tentang bagaimana akaun penjualan dadah boleh diakses sebelum ini.

Baru-baru ini, gempar pendedahan di laman X mendakwa dadah dijual secara terang-terangan di platform e-dagang, TikTok.

Menerusi pendedahan yang dibuat, ramai telah terpedaya dan terjebak membuat pembelian kerana menganggap ia hanya gula-gula biasa seperti lolipop.

Difahamkan, kesannya pengambilan gula-gula itu lebih kurang macam ganja selain dijual sekitar 10 ketul pada harga RM10.

Bahagian profil akaun itu turut tertera mesej ringkas memaklumkan produk itu sesuai untuk kegunaan di kelab malam dan pusat karaoke. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya