Tiga warga Afrika didakwa rompak AS$30,000 - Utusan Malaysia

Tiga warga Afrika didakwa rompak AS$30,000

KUALA LUMPUR 11 SEPTEMBER 2024. Dua lelaki warganegara Sierra Leone dan seorang lelaki Liberia dibawa oleh anggota polis bagi pertuduhan kes samun jual beli “Gold Diamond” di Garden Mall Mid Valley yang akan didakwa di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan ketika di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. Foto : Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Sierra Leone dan seorang lelaki warga Liberia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan, bulan lalu. 

Mengikut pertuduhan, Patrick Samba, 34; Ibrahim Jalloh, 36; dan Douglas Daniel Devine, 38, didakwa merompak wang tunai sebanyak AS$30,000 (RM130,000)  milik seorang peniaga warga Jepun, Hiroyuki Azuma, 58.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pukul 1.30 tengah hari, 9 Ogos lalu di hadapan sebuah restoran di pusat beli-belah Mid  Valley di sini.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya, Izalina Abdullah mencadangkan tiada jaminan ditawarkan kerana kesemua tertuduh tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. 

Bagaimanapun, peguam bela, A.R. Palaya yang mewakili ketiga-tiga tertuduh mendakwa kesemua anak guamnya mempunyai dokumen perjalanan yang sah, namun disimpan oleh ejen masing-masing atau di kolej tempat mereka belajar.

“Mohon satu tarikh singkat bagi melakukan pengesahan dokumen sebelum saya membuat rayuan bagi jaminan,” kata peguam itu.  

Hakim Egusra Ali tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 25 September ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN