Tiga sungai di Kedah catat paras bahaya - Utusan Malaysia

Tiga sungai di Kedah catat paras bahaya

BANJIR yang berlaku di sekitar daerah Kubang Pasu. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Hujan lebat berterusan sejak kelmarin mengakibatkan tiga batang sungai di negeri ini mencatatkan paras bahaya setakat pukul 9 pagi ini.

Maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati, Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu kini berada pada paras 22.8 meter.

Tahap nilai ambang bagi aras bahaya sungai itu adalah 21.6 meter, manakala paras normal pada ketinggian 18.5 meter.

Sementara itu, Sungai Gurun di Kampung Perupok, Yan pula merekodkan aras 3.81 meter melepasi aras bahaya 3.5 meter, diikuti Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar iaitu 2.65 meter berbanding aras normal 1.5 meter.

Beberapa sungai lain turut melepasi paras amaran antaranya Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap (27.71 meter); Sungai Sedim (35.78); Sungai Bata (8.9 meter) dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR (1.53 meter).

Tiga sungai lagi melepasi paras waspada iaitu Sungai Ketil di Kuala Pegang (36.15 meter); Sungai Janing di Kampung Labi (25.02 meter) dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya (1.6 meter).

Terdahulu, 53 penduduk daripada 15 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Malau, di Kubang Pasu apabila rumah mereka di Kampung Padang Panjang, Kampung Sampang dan Kampung Lubuk Ipoh dilanda banjir, malam tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN