Tiga penumpang tersepit, bas langgar pembahagi jalan - Utusan Malaysia

Tiga penumpang tersepit, bas langgar pembahagi jalan

KEADAAN bas yang merempuh pembahagi jalan di Kilometer 273.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 33 penumpang sebuah bas persiaran berdepan detik cemas apabila kenderaan yang mereka naiki merempuh pembahagi jalan di Kilometer 273.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini.

Kemalangan itu menyebabkan tiga penumpang iaitu seorang lelaki dan dua wanita yang berada di tingkat bawah bas cedera akibat tersepit di antara kerusi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Mohd. Azman Husin berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian itu pada pukul 1.10 pagi.

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Pemeriksaan mendapati, tiga mangsa yang duduk di tingkat bawah telah tersepit di antara kerusi penumpang dan mengalami kecederaaan.

“Operasi membawa keluar mangsa yang tersepit segera dijalankan dengan cara menarik pelaras kerusi. Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke hospital,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, 30 penumpang lain yang berada di tingkat atas yang turut mengalami kecederaan ringan berjaya keluar sendiri dari bas bersama pemandu.

Katanya, kesemua mereka diberi diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Operasi yang tamat pada pukul 2.45 pagi itu disertai anggota BBP Ipoh, BBP Simpang Pulai, BBP Meru Raya dan BBP Tambun,” ujar beliau. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya