Tiga pelajar ditangkap tunggang motosikal melulu Tiga pelajar ditangkap tunggang motosikal melulu

Tiga pelajar ditangkap tunggang motosikal melulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Tiga pelajar termasuk remaja berusia 13 tahun ditangkap polis selepas didapati menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dalam Operasi Samseng Jalanan, di sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kesemua yang ditangkap dikesan melakukan aksi berbahayadengan meniarap di atas motosikal yang mana aksi tersebut berbahaya kepada diri sendiri dan orang lain di jalan awam.

Menurutnya, tangkapan membabitkan seorang remaha berusia 13 tahun dan dua lagi berusia 15 tahun dibuat oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

“Tangkapan dan kenderaan iaitu dua motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha 135 telah dibawa ke Balai Trafik IPD bagi tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN