Tiga kemenangan, tanpa bolos pencapaian luar biasa - Utusan Malaysia

Tiga kemenangan, tanpa bolos pencapaian luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC terharu dan bangga dengan kemenangan 3-0 pasukan itu ke atas Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di Temerloh, kelmarin.

Pengurus Besar Perak FC, Neow Choo Seong berkata, kejayaan itu agak mengejutkan.

“Kemenangan ketiga berturut-turut lebih manis lagi tanpa bolos, adalah satu pencapaian luar biasa.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan serta para penyokong setia yang sanggup datang dari jauh serta semua penyokong Perak FC,” katanya.

Menurutnya, musim lalu Perak FC tewas dengan jaringan besar kepada Sri Pahang FC, sama ada pada perlawanan di Kuantan mahupun di Ipoh

Katanya, keputusan kelmarin membuktikan betapa besarnya peningkatan pasukan Perak FC.

“Saya yakin Perak FC kini berada pada landasan yang betul, inilah detik di mana semua pihak sama ada pemain, jurulatih, pengurusan dan penyokon perlu terus bersatu.

“Sokongan anda adalah nadi kekuatan kami. Susah senang, jatuh bangun, kita tetap bersama demi Perak yang tercinta,” katanya.

Dalam perlawanan di Temerloh pada Sabtu lalu, Perak mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dengan menewaskan Sri Pahang 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Setakat ini, Perak menduduki tangga keeempat Liga Super dengan 15 mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN