JAWA BARAT: Seorang pemuda berusia 25 tahun nekad menggantung diri sendiri akibat mengalami tekanan kerana tidak mempunyai pekerjaan.
Mangsa memutuskan untuk mengakhiri hidupnya di rumah keluarganya di Bogor, Jawa Barat, malam tadi.
Ketua Polis Bogor Selatan, Diana Sulistiowati berkata, mangsa ditemukan oleh ahli keluarganya di dalam bilik tidur.
“Mangsa gantung diri kerana mengalami tekanan akibat tiga bulan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
“Sebelum ini, mangsa pernah bercakap mahu menggantung diri sendiri, namun, adiknya menyangka ia hanyalah gurauan semata-mata,” katanya lapor Tribunnews.