Tidak wajar jadikan banjir modal politik

Tidak wajar jadikan banjir modal politik

PENDUDUK bermain air banjir di Kampung Suka Menanti di Alor Setar, Kedah. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pas Kedah meminta semua pihak berhenti menjadikan ketiadaan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika negeri ini dilanda banjir sebagai modal politik.

Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, sebagai pemimpin, jadual seorang Menteri Besar waima Perdana Menteri sudah ditetapkan lebih awal dan kedatangan bencana pula tidak dapat dijangka.

“Bukan saja mereka, malah pemimpin parti pun ada jadual sendiri. Contohnya, pimpinan Pas perlu bergerak ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selepas muktamar di Pahang untuk bertugas di sana.

“Jadi, dengan jadual di sana, adakah kita nak kena tinggalkan semua dan lari balik? Kalau semua ada di sini, itu memang­lah yang terbaik tetapi dari satu sudut pula, kerja-kerja menyelamat serta membantu tidak ter­halang dengan ketiadaan pimpinan utama.

“Kalau air nak naik, waktu Menteri Besar atau Perdana Menteri ada di sini pun, air naik juga,” katanya di sini, semalam.

Sebelum ini tular dalam media sosial tuduhan menyatakan Muhammad Sanusi bercuti di luar negara bersama isterinya ketika Kedah dilanda banjir dan ribut.

Namun Pejabat Menteri Besar menjelaskan, Muhammad Sanusi berada di Jepun bagi urusan rasmi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya