Tidak dapat saya, kacau anak saya - Tun M

Tidak dapat saya, kacau anak saya – Tun M

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan pihak yang menuduhnya mencuri berbilion ringgit duit kerajaan tetapi masih belum mengemukakan sebarang bukti.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah kerana sehingga masih tidak menunjukkan bukti walaupun diberikan masa untuk berbuat demikian.

“Saya bagi masa untuk tunjuk bukti. Diminta dua minggu untuk tunjuk bukti. Sekarang lebih satu tahun, tidak tunjuk bukti.

“Tuduhan ini adalah fitnah. Kenapa fitnah saya? Kerana benci saya… Wah sekarang jangan tunjuk benci, kata sipolan. Tetapi kaki benci ialah orang yang suruh kita jangan cakap benci,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, beliau berpandangan pihak melemparkan tuduhan itu umpama cakap tidak serupa bikin.

“Tidak dapat tanduk, telinga dipulas. Tidak dapat saya, kacau anak saya. Jangan cakap seperti Nabi, buat seperti setan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya