Tiada wanita lain, saya sayang Nur Fazura - Fattah Amin - Utusan Malaysia

Tiada wanita lain, saya sayang Nur Fazura – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Enggan membiarkan isu rumah tangganya terus menjadi bahan sensasi, pelakon, Fattah Amin, tampil menegaskan bahawa tidak pernah wujud isu orang ketiga dalam hubungannya dengan isteri, Nur Fazura.

Menurut Fattah, dia juga terkejut dan bersedih dengan segala tohmahan yang dibuat tanpa asas mengenai dirinya di segala platform media sosial.

“Kepada semua yang terdetik dengan berita yang telah dilaporkan di media pada 13 September 2024, terus terang, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya tersebut melalui laman media sosial semata-mata, terutamanya setelah ia ditularkan.

“Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita tersebut. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi isteri saya Nur Fazura.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidup saya seperti yang telah diperkatakan dan dihebohkan di laman-laman media sosial sehingga kini,”katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Fattah berkata, dalam ujian dan kemelut yang berlaku kini, dia hanya ingin semua pihak mendoakan perkara baik buat dirinya keluarga kecilnya.

“Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik dan sokongan dari kalian semua tidak kira yang pernah mengenali kami mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi.

“Ia agar segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.

“Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian,”katanya.

Jumaat lalu, aktres dengan nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin dikhabarkan telah memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Kebelakangan ini juga isu keretakan rumah tangga mereka hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.

Malah, lebih mengeruhkan keadaan, wujud tohmahan daripada warganet di pelbagai platform bahawa Fattah berlaku curang dengan wanita yang sebelum ini pernah menjadi penata gaya hijab isterinya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya