Tiada ugutan dengan pistol, pisau- Nora Ariffin - Utusan Malaysia

Tiada ugutan dengan pistol, pisau- Nora Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menolak tuduhan yang kononnya bekas suaminya, Dr. Rushdi Ramli terpaksa melafazkan cerai kerana menerima ugutan bersenjata.

Katanya, tiada ugutan dibuat daripada mana-mana pihak justeru dakwaan itu hanyalah telahan liar semata-mata.

“Tak adalah sampai begitu sekali. Saya pun tak sangka netizen berspekulasi sampai tahap itu.

“Yang sebetulnya, bekas suami memang berada depan saya sewaktu melafazkan cerai

“Semua orang boleh buat spekulasi. Tapi hanya saya tahu apa sebenarnya yang berlaku. Pistol atau pisau memang tiada. Ramai yang tahu dan faham. Boleh fikirkan sendiri tanpa perlu saya ceritakan,” kongsinya.

Nora berkata demikian selepas sidang akhbar Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di ibu negara, petang tadi.

Nora, sebelum ini menggemparkan dunia hiburan tanah air selepas rakaman suaminya melafazkan cerai tular di media sosial.

Rakaman terdebut dimuat naik penyanyi itu di Instagramnya pada 12 Ogos lepas.

Sementara itu, Nora memaklumkan hanya bersangka baik dengan apa yang berlaku dan reda dengan perceraian yang dilaluinya.

“Saya serah semua kepada Allah.  Kalau berbaik semula, itu ketentuannya. Kalau tak ada jodoh, tak mengapa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya