Tiada rakyat Malaysia terjejas Ribut Tropika Yagi di Filipina

Tiada rakyat Malaysia terjejas Ribut Tropika Yagi di Filipina

RIBUT tropika Yagi di Manila. - FOTO AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas oleh Ribut Tropika Yagi di Luzon, Filipina, setakat ini.

Bagaimanapun, Kedutaan Besar Malaysia di Manila, sedang memantau dengan teliti perkembangan bencana itu yang telah mendarat di bandar Casiguran, Wilayah Aurora, semalam.

“Ribut tersebut berpindah ke perairan persisiran luar bandar Laoag, Wilayah Ilocos, hari ini dan dijangka merentasi Laut China Selatan dalam beberapa hari akan datang dengan membawa tiupan angin berkelajuan 75km sejam (km/j).

“Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka adalah amat digalakkan untuk berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya