Tiada penularan wabak tibi

Tiada penularan wabak tibi

KASEMANI Embong (tengah) memantau tahap kebersihan di kawasan pembinaan pada Operasi Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam di Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan tiada penularan wabak tuberculosis atau tibi dikesan setakat ini susulan kes lelaki etnik Rohingya yang mengidap penyakit itu meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Ajil dekat sini pada 1 September lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, pihaknya sentiasa proaktif dalam usaha mengawal serta mencegah penularan penyakit berjangkit melibatkan pekerja warga asing termasuk mengadakan operasi di tapak pembinaan.

Katanya, hasil operasi tersebut, setakat ini, tiada pekerja asing dikesan mempunyai wabak tuberculosis.

Bagaimanapun, katanya, satu kes pembiakan aedes dikesan di sebuah tapak pembinaan.

“Fokus operasi tersebut adalah pemeriksaan di tapak pembinaa juga bagi melihat kepada kawalan dan pencegahan penyakit seperti denggi, malaria dan tibi.

“Bagi daerah Hulu Terengganu, terdapat sembilan tapak pembinaan sedang beroperasi dan empat daripada telah di periksa melalui operasi hari ini. Selebihnya telah dilaksanakan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup Operasi Cakna  Penguatkuasaan Undang-undang Kesihatan Awam Bilangan 5 di Daerah Hulu Terengganu di Dewan Sivik Ajil, dekat sini, hari ini.

Kasemani memberitahu, sebanyak 140 premis telah diperiksa dalam operasi tersebut melibatkan premis makanan , premis yang berisiko dan pembiakan nyamuk aedes serta premis kawasan larangan merokok.

Tambahnya, sebanyak 83 notis telah keluarkan dengan nilai kompaun bernilai RM19,700 bagi pelbagai kesalahan.

“Sehingga Ogos lalu, sebanyak 128 operasi dan 152,032 premis telah diperiksa dan 897 kesalahan dikesan dengan tawaran kompaun dikeluarkan berjumlah RM 447,500.

“Sementara itu, sebanyak 133 premis melibatkan pekerja asing diperiksa dan 26 premis telah dikompaun,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN