Tiada lagi toleransi melibatkan keganasan kanak-kanak - UNICEF

Tiada lagi toleransi melibatkan keganasan kanak-kanak – UNICEF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menggesa supaya tiada lagi lagi toleransi membabitkan keganasan terhadap kanak-kanak dalam apa jua bentuk.

Perwakilan UNICEF di Malaysia, Robert Gass berkata, setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk membesar dalam persekitaran keluarga yang sihat.

“Selagi kanak-kanak di Malaysia tinggal dalam persekitaran penjagaan institusi yang tidak terkawal, mereka akan kekal pada risiko yang lebih tinggi untuk mengalami keganasan dan penderaan.

“Kanak-kanak di dalam pusat penjagaan memerlukan sokongan pekerja sosial yang berkelayakan yang boleh memantau rumah kebajikan dengan berkesan.

“UNICEF bersedia untuk menyokong kerajaan dalam melindungi kanak-kanak yang dipisahkan daripada penjagaan ibu bapa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, polis menyerbu 20 rumah amal masing-masing 18 buah di Selangor dan dua di Negeri Sembilan kerana disyaki terlibat dengan pengabaian serta penganiayaan, amang seksual dan juga perbuatan cabul terhadap kanak-kanak berusia antara satu tahun hingga 17 tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pada 2 September lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan polis berkaitan dakwaan itu di Port Dickson dan beberapa laporan sama turut dibuat di beberapa tempat selepas itu.

Mengulas lanjut, Robert berkata, pihaknya amat terkejut dengan laporan 402 kanak-kanak di Malaysia yang mengalami eksploitasi, penderaan seksual, dan pengabaian di pelbagai rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan.

“Kanak-kanak ini telah mengalami kejadian negeri yang tidak dapat dibayangkan dan memerlukan sokongan perubatan dan psikososial profesional jangka panjang. Kecedaran (emosi dan fizikal) adalah serius dan selalunya mengakibatkan kesan seumur hidup.

“Kami memuji Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak lain atas tindakan mereka dalam menyelamatkan kanak-kanak ini.

“Kami berharap tindakan ini menandakan berakhirnya trauma mereka dan bermulanya perjalanan pemulihan mereka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN