Tiada kompromi banteras kilang haram – MB

Tiada kompromi banteras kilang haram – MB

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Sela­ngor tidak sesekali berkompromi dalam mengambil tindakan tegas ke atas kilang haram dan akan meneruskan usaha membante­ras premis tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, isu ke­wujudan kilang-kilang haram di negeri ini sedang ditangani sepenuhnya dan kerajaan ne­geri mempunyai data terkini me­ngenai kewujudan premis sedemikian.

“Alhamdulillah, beberapa ma­salah pencemaran mutakhir di Selangor melibatkan kilang yang sah dan kita dapat ambil tindakan sepenuhnya.

“Namun, isu kilang haram ini kita akan tangani terus menerus tanpa sebarang kompromi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian sesi dialog Belanjawan Selangor 2025, semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan kewujudan puluhan kilang pelupusan sisa pepejal dipercayai beroperasi secara haram di Teluk Gong, Pelabuhan Klang yang menyebabkan air sungai kotor dan berwarna hitam legam.

Keadaan itu menjejaskan ke­hidupan kira-kira 40,000 penduduk Telok Gong terpaksa menghidu bau busuk setiap hari sejak sejak 10 tahun lalu.

Kewujudan kilang disyaki haram itu didakwa menjalankan kerja-kerja pemprosesan sisa buangan yang tidak melalui proses atau prosedur betul.

Situasi sedemikian mengu­kuhkan lagi dakwaan bahawa negara ini menjadi ‘pusat pelupusan sampah’ apabila ter­dapat kes-kes penyeludupan sisa plastik dan elektronik (e-waste) melalui Pelabuhan Klang.

Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hairan dengan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan lain ‘menghidu’ operasi puluhan kilang haram kitar semula plastik dan tayar di Te­luk Gong.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sebelum ini memaklumkan dua daripada tiga pre­mis kilang tayar di kawasan perindustrian didapati berope­rasi secara haram.

Sebanyak 18 operasi pemeriksaan dijalankan sepanjang ta­hun ini di sekitar kawasan tersebut dengan 27 kompaun dikeluarkan kepada pengilang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN