`Teruja tunggu surat saman, mudah telanjangkan reformasi palsu Rafizi’ `Teruja tunggu surat saman, mudah telanjangkan reformasi palsu Rafizi’

`Teruja tunggu surat saman, mudah telanjangkan reformasi palsu Rafizi’

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bersedia untuk mendedahkan segala reformasi palsu Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam menyalahgunakan dana kementerian untuk membayar tentera siber.

Beliau juga bersedia berdepan dengan tindakan undang-undang berhubung dakwaannya dan menunggu surat mengenai perkara itu.

“Kamu nak heret ke mahkamah? Silakan. Saya tunggu dengan penuh rasa teruja surat saman (LOD) daripada peguam kamu Rafizi.

“Mudah kami telanjangkan macam-macam tatakelola reformasi palsu kamu di sana. I say bring. It. ON!,” katanya dalam hantaran menerusi laman sosialnya, hari ini.

Semalam, Rafizi memohon pasukan peguamnya untuk memulakan proses saman terhadap Wan Ahmad Fayhsal.

Kata Menteri Ekonomi itu, tindakan tersebut diambil kerana Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu membuat fitnah terbuka terhadapnya.

“Fitnah terbuka bahawa saya membela macai (iaitu saya membayar cybertrooper) (dan) saya menyeleweng duit kementerian membayar cybertrooper.

“Saya tidak pernah saman sesiapa, tetapi fitnah YB Machang ni adalah kes yang sangat jelas bila dibawa ke mahkamah,” kata Rafizi menerusi hantaran di laman X.

Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini mengulang siar hantaran pengguna X yang mendakwa seorang individu dibayar dengan jumlah yang tinggi oleh Rafizi untuk mengeluarkan kenyataan mempertahankan kerajaan.

“Semua ni macai belaan @rafiziramli. Sedapnya guna duit kementerian buat kerja macai politik!,” tulisnya.

Menerusi hantaran lain pula, Rafizi memaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan Setiausaha Akhbarnya, Mohamed Farhan Akmal Mohd Iqbal, membuat laporan polis terhadap pempengaruh media sosial dikatakan mesra Pas yang menggunakan akaun @RichardPower_ kerana didakwa melontarkan tuduhan palsu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN