Terkejut hajat ziarah ayah tapi hanya jumpa rangka

Terkejut hajat ziarah ayah tapi hanya jumpa rangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan menemukan rangka mayat manusia yang dipercayai sudah lama  meninggal dunia di sebuah rumah di Mutiara Magna di  Kepong di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima laporan pada 5 September lalu daripada  seorang lelaki dipercayai anak kepada pemilik rangka yang ditemui.

Menurut beliau, pengadu memaklumkan dia  pergi ke kediaman itu untuk berjumpa ayahnya iaitu seorang pesara berusia 74 tahun.

“Bagaimanapun, apabila tiba di rumah pintu dalam keadaan berkunci menyebabkan  pengadu bertindak memecahkan pintu rumah tersebut.

“Lelaki itu mendapati ayahnya telah meninggal dunia dalam keadaan hanya tinggal rangka,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Ahmad Sukarno, siasatan mendapati ayah pengadu tinggal berseorangan selepas bercerai dengan ibunya. 

Jelasnya, kali terakhir pengadu menghubungi ayahnya pada tahun 2020 dan pengadu sangat terkejut apabila ayahnya yang tidak ditemui empat tahun  sudah meninggal dunia seorang diri.

“Bedah siasat telah dilakukan namun punca kematian tidak dapat dikenal pasti. Mayat diserahkan kepada keluarga untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Terdahulu, tular gambar penemuan rangka dalam sebuah rumah di Kepong di sini sejak malam tadi.

Mesej tular itu mendakwa mangsa membabitkan  lelaki warga emas yang  tinggal seorang diri selepas bercerai. 

“Tiada siapa yang tahu dia meninggal dunia dalam tempoh  empat tahun, komuniti pun tidak sedar. 

“Mangsa pernah memaklumkan kepada  orang surau bahawa hajatnya mahu  balik kampung. Jadi dalam tempoh mangsa tidak kelihatan, mereka  beranggapan mangsa sedang  berehat panjang di kampung halaman,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya