Terima ugutan, Khaled Asharief tidak serik bawa watak jahat - Utusan Malaysia

Terima ugutan, Khaled Asharief tidak serik bawa watak jahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon meningkat naik, Khaled Asharief tidak menolak watak antagonis meskipun menerima pelbagai ugutan dan kecaman kerana sering melakonkan watak jenis itu.

Kata Khaled, malah dia seronok dan tetap terbuka untuk melakonkan watak jahat walaupun karakter berkenaan mengundang rasa benci penonton.

“Banyak ugutan yang saya terima di media sosial. Ada yang mahu pukul dan tampar muka saya kerana mereka benci watak jahat yang saya lakonkan.

“Saya tak kisah. Memanglah menakutkan, tetapi saya lega sebab lakonan saya menjadi,” katanya.

Khaled berkata demikian ketika ditemui sempena pelancaran pusat kecergasan Elitez MMA Mont Kiara, di sini baru-baru ini.

Sebelum ini nama pelakon ini melonjak selepas membawa watak Azlan dalam drama Khunsa.

Dalam pada itu, Khaled memaklumkan tidak serik malah terbuka untuk menerima watak antagonis di masa akan datang.

“Saya suka bawa watak begitu. Alhamdulillah, watak antagonis juga yang banyak saya terima.

“Saya bersyukur, walaupun sering diberi watak yang sama, saya gembira.

“Insya-Allah, satu hari nanti saya jadi hero pula,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya