Terharu anak memahami, tolong bantu perniagaan - Shakilla Khoriri - Utusan Malaysia

Terharu anak memahami, tolong bantu perniagaan – Shakilla Khoriri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Shakilla Khoriri terharu apabila anaknya, Ameena Sofia yang masih kecil memahami kerja dan pengorbanan yang dilakukannya dalam urusan perniagaan yang dijalankan.

Kata Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, walaupun sekarang musim cuti sekolah namun Ameena sanggup bangun awal menemani dan membantunya di kedai.

“Budak kecil ini cuti sekolah masih bangun awal. Semalam saya cakap, esok Umi pergi kedai sebab ada banyak kerja nak buat.

“Dia pun cakap, saya juga. Saya kena pergi kedai juga untuk tolong Umi. Kasihanlah Umi.

“Hari ini (Selasa) dia tengok pekerja saya tinggal seorang, dia kata tak mengapalah Umi, Allah ada tolong Umi buat kerja,” katanya.

Shakilla berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Syakilla yang kini menjalankan perniagaan Garlic Chilli Oil turut memanjatkan doa kepada Ilahi agar dia diberi kesempatan untuk membahagiakan puterinya itu.

“Tak ada kebaikan dari saya, tapi kalau ada satu kebaikan saya minta Allah murahkan rezeki saya untuk bahagiakan anak solehah seorang ini.

“Manusia datang dan pergi, tak mengapa. Itulah kehidupan kita. Tak semua lancar seperti yang kita rancang,” ujarnya lagi.

Untuk Info, Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun merupakan hasil perkahwinan pertamanya bersama penyampai radio, Fizi Ali yang telah mengumumkan penceraian pada Disember 2021.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya