Teresa Kok digesa tarik saman kepada Akmal

Teresa Kok digesa tarik saman kepada Akmal

NASHRIQ ISMAIL SABRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok digesa menarik saman terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dan membuat permohonan maaf terbuka berhubung isu pensijilan halal.

Ketua Pemuda UMNO Bera, Nashriq Ismail Sabri berkata, pihaknya mahu wakil rakyat itu tidak mengeruhkan keadaan di samping menghormati sensitiviti kaum dan agama lain di dalam negara ini.

Kata beliau, Pemuda UMNO Bahagian Bera menyokong penuh tindakan Dr. Muhamad Akmal dalam mempertahan maruah agama Islam berkenaan isu sijil halal yang dibangkitkan oleh Teresa.

“Sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman seperti Teresa sepatutnya sudah tahu untuk menghormati sensitiviti kaum dan agama lain di dalam negara ini.

“Malah sebagai seseorang yang menganut agama lain dengan fahaman yang berbeza tidak sepatutnya campur tangan dalam hal agama individu lain.

“Mana-mana bangsa pun sekiranya ada bangsa lain campur tangan dalam agama mereka dengan mempersoal ajaran mereka, pasti membawa ketegangan antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Teresa menuntut ganti rugi RM25 juta daripada Dr. Muhamad Akmal selepas mendakwa Ketua Pemuda UMNO itu memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Berdasarkan salinan surat tuntutan saman dikongsi kepada media, ia merujuk video melalui Tiktok dimuat naik melalui akaun @Drakmalsaleh pada 7 September lalu sebagai respon kepada kenyataan Teresa sehari sebelum itu berkait isu pensijilan halal.

Menurut Nashriq, pihaknya mahu Teresa tidak bersikap ego berhubung isu tersebut.

“Turunkan ego YB, ini bukan kerana menang atau kalah. Ini berkenaan untuk menunjukkan keamanan dan harmoni, memahami antara satu sama, menjadi terbaik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya