Tengku Hassanal mahu siasat polis dengan telus, tanpa kompromi

Tengku Hassanal mahu siasat polis dengan telus, tanpa kompromi

TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu polis segera menyiasat kes serangan seorang lelaki dengan telus, adil dan tegas tanpa kompromi oleh mana-mana pihak.

Titah Tengku Hassanal, tiada sesiapa yang mengatasi undang-undang termasuk kerabat istana.

“Saya sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” titah Tengku Hassanal dalam Instagram baginda, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan sekumpulan orang didakwa menyerang seorang lelaki menggunakan senjata tajam dan pistol sehingga mendatangkan kecederaan.

Individu itu mendakwa dia menjadi mangsa serangan berkumpulan itu di sebuah kandang kuda di Kuantan, Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN