Teknologi dron kargo bantu penghantaran barang

Teknologi dron kargo bantu penghantaran barang

DRON kargo menggunakan kuasa bateri mampu melakukan penerbangan sejauh 150 kilometer.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan teknologi dron kargo dalam bidang pertanian amat diperlukan bagi memudahkan menghantar barang-barang yang berat.

Ketua Pegawai Pemasaran Produk Kumpulan Aerodyne, Razuan Zakaria berkata, dron kargo ini mampu membawa bebanan seberat 20 kilogram (kg).

Namun menurutnya, Aerodyne kini giat membangunkan satu dron sistem yang berupaya membawa barangan melebihi 250kg bagi kegunaan sektor pertanian.

“Dron ini bukan hanya untuk bidang pertanian namun ia boleh digunakan dalam pelbagai bidang. Pihak kami sedang bekerjasama dalam satu projek di Papua New Guinea untuk menghantar barang ubat-ubatan, darah dan sebagainya.

“Dron ini menggunakan kuasa bateri dan dibantu sistem propeller serta mampu melakukan perjalanan sejauh 150 kilometer,” katanya kepada Utusan Malaysia di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS semalam.

Tambahnya, harga bagi sebuah dron tersebut boleh mencecah RM300,000.

“Setakat ini hanya ada dua dron kargo di Malaysia,” ujarnya.

Seiring peredaran zaman dan pengenalan peralatan atau teknologi yang semakin canggih, penggunaan dron kini dipelbagaikan.

Ia termasuk bagi menabur benih yang diakui banyak menjimatkan masa dan kos mengusahakan sawah padi ketika ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN