Teater Wan Lebo hidupkan pekan mati Parit

Teater Wan Lebo hidupkan pekan mati Parit

LAKONAN teater Cicit Wan Lebo dipersembahkan semasa pelancaran teater tersebut di Ipoh, kelmarin. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kisah turun-temurun mengenai wanita tua dipanggil Wan Lebo akan diceritakan semula kepada orang ramai tentang bagaimana budaya Melayu lama bertembung dengan arus pemodenan.

Kisah tersebut akan disampaikan menerusi pementasan teater berjudul Cicit Wan Lebo yang bakal diadakan di Dewan Ngah Sagor, Parit dari 26 hingga 28 September ini.

Teater daripada karya dan arahan Amran Nasrudin berlatar belakangkan masyarakat sebuah perkampungan di Bota sekitar 1970-an.

Amran berkata, persembahan itu akan menggunakan loghat Perak Tengah dan para pelakonnya terdiri daripada kalangan anak negeri ini.

Beliau berkata, pementasan teater itu diharapkan dapat menaikkan semula pekan Parit yang baginya semakin tenggelam berbanding bandar Seri Iskandar yang juga merupakan lokasi Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Harapannya agar Parit menjadi destinasi seni. Promosi teater ini akan dijalankan termasuk pergi ke daerah-daerah lain,” katanya dalam sidang akhbar di sini, kelmarin.

Secara ringkas, teater itu mengisahkan wanita tua bernama Wan Lebo atau Wan Esah yang terkenal sebagai bidan kampung selain mempunyai bakat penglipur lara melalui syair, pantun dan seloka.

Wanita itu mengubat orang sakit melalui perubatan secara tradisional, namun berlaku pertembungan dengan kaedah perubatan moden. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN