Tayang Baby Bump, Syasya Rizal hamil anak pertama? - Utusan Malaysia

Tayang Baby Bump, Syasya Rizal hamil anak pertama?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, dipercayai bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syasya telah memuat naik fotonya yang mengenakan baju berona biru cair sekali gus menampakkan ‘baby bump’ yang sudah membesar.

Difahamkan, sebelum ini Syasya juga pernah memberi bayangan bahawa dirinya sedang hamil menerusi beberapa hantaran di media sosial miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut meluahkan rasa teruja selepas melihat penampilan terkininya itu.

Terdahulu, Syasya mengumumkan bahawa dirinya sudah mengundurkan diri dari kumpulan Dolla secara rasmi pada 8 April lalu.

Syasya bagaimanapun menyatakan pengundurannya dari kumpulan yang terkenal menerusi lagu ‘Dolla Make You Wanna’ itu atas alasan peribadi.

Kemudian, Syasya dimaklumkan sudah bernikah bersama lelaki pilihannya, Nasrullah dalam sebuah majlis tertutup, pada 21 April lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya