Taufan Yagi: Malaysia tak terkesan secara langsung - Utusan Malaysia

Taufan Yagi: Malaysia tak terkesan secara langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Taufan Yagi yang melanda Hainan, China dan utara Vietnam tidak memberi kesan secara langsung kepada Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, bagaimanapun pergerakan taufan tersebut menyebabkan angin kencang di kawasan sekitarnya.

“Angin bertiup kencang di selatan Thailand dan utara Semenanjung Malaysia yang seterusnya menghasilkan hujan yang agak lebat di kawasan berkenaan.

“Negara perlu sentiasa bersedia terhadap apa jua keadaan cuaca ekstrem termasuk taufan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, walaupun Malaysia bukan laluan utama taufan itu, beberapa kejadian yang berlaku terdahulu telah memberi impak besar kepada cuaca Malaysia sebelum ini seperti Ribut Tropika Greg (1996) di Lautan Pasifik dan Taufan Vamei (2001) di Laut China Selatan.

Semalam, angka korban akibat tanah runtuh dan banjir dibawa Taufan Yagi di Vietnam meningkat kepada 58 orang, sementara 40 lagi masih hilang di utara negara itu.

Agensi Pengurusan Bencana Vietnam semalam melaporkan, sebanyak 750 yang lain turut cedera dalam insiden-insiden berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya