Tapak Jualan But Kereta Lurah Semantan paling besar

Tapak Jualan But Kereta Lurah Semantan paling besar

Jualan But Kereta Lurah Semantan di Temerloh, Pahang dinobatkan tapak terbesar di negara ini oleh Malaysia Book of Record (MBOR).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Jualan But Kereta (CBS) Lurah Semantan di sini melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai tapak CBS terbesar di negara ini oleh Malaysia Book of Record (MBOR).

Sijil MBOR disampaikan oleh wakilnya, Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Suris Mihat di tapak CBS Lurah Semantan di sini.

Suris berkata, tapak dengan keluasan kira-kira 3,498 meter persegi itu setakat ini menempatkan kira-kira 213 peniaga yang beroperasi setiap malam Sabtu.

“Anggaran pengunjung se­tiap malam ialah antara 1,500 hingga 3,000 orang dan rekod tertinggi pernah dicapai ialah sehingga 8,000 pengunjung pada hari raya.

“Kita berharap selepas mendapat penganugerahan daripada MBOR ini lebih ramai pengunjung akan ke Temerloh khususnya di sini,” katanya di sini.

Menurut Suris, tapak CBS yang dibuka pada 2014 itu menyediakan pelbagai jualan termasuk kategori makanan dan minuman melibatkan seba­nyak 117 peniaga dan selebih­nya kategori pelbagai.

Katanya, tapak CBS berkenaan memberi peluang kepada peniaga menambah pendapatan yang memperoleh antara RM400 hingga RM2,500 pada setiap malam.

Dalam pada itu, beliau berkata, anggaran kos bagi mencantikan kawasan tapak tersebut sebanyak RM200,000 merangkumi usaha mengecat bangunan dan penyediaan lampu limpah.

“Kita juga mengadakan kerjasama dengan RHB Bank bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada wang tunai malah memberi pelbagai manfaat kepada pengguna dan peniaga dalam tiga aspek iaitu mudah, cepat dan selamat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN