Tambah baik penguatkuasaan perintah nafkah - Utusan Malaysia

Tambah baik penguatkuasaan perintah nafkah

Nafkah
MOHD. Na’im Mokhtar ditemui pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Keluarga dan Penguatkuasaan Nafkah Anak (ICFL) 2024, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / NURUL NAJWA HASRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penguatkuasaan perintah nafkah terhadap bapa kepada bekas isteri dan anak-anak akan ditambah baik bagi memastikan tidak ada golongan yang tertindas selepas berlaku perceraian.

Antara penambahbaikan yang akan dilakukan termasuklah mengenal pasti formula bagi menentukan jumlah nafkah perlu diberikan selepas menilai pelbagai aspek termasuk pendapatan bapa serta jumlah anak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhar berkata, Malaysia didakwa ketinggalan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah berbanding negara lain termasuk di barat.

“Berbeza kita di Malaysia berbanding dengan negara-negara barat, kuasa untuk menentukan jumlah nafkah, kutip nafkah anak dan menguatkuasakan nafkah itu tidak dibuat oleh mahkamah.

“Ia dibuat oleh suatu agensi yang bukan berbentuk kehakiman. Jadi yang itu mereka bentangkan kepada kita dalam program itu dan solusinya kita akan tengok apa yang dilakukan oleh negara barat dan mana-mana kita boleh tambah baik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Keluarga dan Penguatkuasaan Nafkah Anak (ICFL) 2024, hari ini.

Tambahnya, penambahbaikan penguatkuasaan tersebut akan membantu mempercepatkan lagi proses tuntutan nafkah tanpa memerlukan bekas isteri atau anak melantik peguam bagi mendapatkan hak mereka.

“Berbanding di mahkamah sekarang, terpaksa dengar keterangan anak, isteri, bapa yang akan ambil masa berbulan-bulan dan kadang-kadang disalahgunakan oleh bapa atau suami tadi untuk drag kes jadi lama.

“Jadi, yang itu kita akan tengok, kita akan bagunkan formula, jadi hakim mudah kalau bapa pendapatannya macam itu dan anak ada dua tiga orang, cuma ikut formula tersebut hakim boleh terus keluarkan berapa jumlah yang dibayar oleh bapa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Na’im memaklumkan penguatkuasaan perintah nafkah di negara ini sudah pun melalui proses penambahbaikan sejak 2010 dengan penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Apa yang terjadi sebelum ia ditubuhkan, (antara 1998 hingga 2008) lebih daripada 12,000 perintah nafkah yang dikeluarkan oleh hakim-hakim Mahkamah Syariah tidak dikuatkuasakan dan dilaksanakan.

“Pengabaian terus berlaku oleh bapa yang tidak bertanggungjawab, hatta apabila perintah nafkah dikeluarkan tetapi mereka tidak mematuhinya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya