Takahashi teruskan kemaraan Cabaran Badminton Antarabangsa Petronas - Utusan Malaysia

Takahashi teruskan kemaraan Cabaran Badminton Antarabangsa Petronas

PEMAIN negara, Soong Joo Ven mara ke pusingan kedua Cabaran Badminton Antarabangsa Petronas yang berlangsung di Arena Badminton Perak di Ipoh. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pilihan utama kejohanan, Koo Takahashi tidak menghadapi masalah untuk melangkah ke pusingan kedua acara perseorangan lelaki Cabaran Badminton Antarabangsa Petronas Malaysia 2024 yang berlangsung di Arena Badminton Perak di sini.

Pemain Jepun itu menumpaskan pemain negara, Shahyar Shaqeem 21-18, 21-13 pada perlawanan hari ini.

Turut mara ialah pemain Indonesia, Henriko Wibowo Kho yang mengenepikan Gagan Balyan

Bagaimanapun Henriko terpaksa mengerah keringat sebelum menjinakkan pemain India itu 20-22, 21-15, 21-19.

Pilihan ke-11, Kok Jin Hong layak ke pusingan kedua selepas menundukkan Keith Mark Edison 21-13, 21-14.

Turut berjaya ialah pilihan keempat, Soong Joo Ven yang menumpaskan Larry Pong 21-,21-19.

Bagaimanapun nasib malang menimpa pilihan ketujuh, Kartikey Gulshan Kumar dari India apabila tumbang kepada pencabar, Shogo Ogawa.

Pemain bukan pilihan dari Jepun itu menang 21-13, 21-16.

Pilihan keenam, Sholeh Ali menumpaskan pemain India, Samarveer 21-17, 21-15 untuk menempah tiket ke pusingan kedua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN