Syed Hussein ada kelebihan dipilih pengundi muda - Johari

Syed Hussein ada kelebihan dipilih pengundi muda – Johari

Tindakan Amanah yang sebelum ini cuba meletakkan wakilnya bertanding dalam PRK DUN Mahkota dilihat sebagai usaha untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pengalaman sebagai ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK) calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah, 40, diyakini mampu menarik sokongan golongan pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pengalaman yang dimiliki Syed Hussien sepanjang perkhidmatannya membolehkan beliau diterima pengundi dan memenuhi kriteria yang diperlukan, khususnya pengundi di DUN Mahkota.

Selain itu, kata beliau, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu juga  fasih bertutur dalam bahasa Mandarin.

“Pengalaman sebagai Ketua Pemuda UMNO cawangan, bahagian yang mana beliau berjaya membuktikan trek rekod yang baik.

“Jadi, inilah kelebihan calon kita dan mampu mengekalkan kemenangan pada PRK ini. Kalau calon kita mampu bertutur banyak bahasa, ia memudahkan tugas dengan komuniti setempat,” katanya  ditemui selepas mengiringi calon BN mengemukakan borang pencalonan bagi PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini hari ini.

Terdahulu, Johari bersama kira-kira 5,000 pemimpin dan penyokong BN termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berarak sejauh 500 meter mengiringi Syed Hussien ke pusat penamaan calon.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Azurawati Wahid mengumumkan hanya dua calon, iaitu Syed Hussien dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61, mengemukakan borang percalonan bagi merebut kerusi DUN Mahkota.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian awal PRK DUN Mahkota pada 24 September, manakala hari pengundian 28 September.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN