Syamsul Yusof automatik jadi duda hot - Utusan Malaysia

Syamsul Yusof automatik jadi duda hot

SYAMSUL Yusof
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASANYA, tidak perlu diperkenalkan lagi kronologi kisah rumah tangga Syamsul Yusof baik dengan Puteri Sarah Liyana mahupun Ira Kazar. 

Kedua-duanya menemui kegagalan dan tentunya ia bukan sesuatu yang kita semua berhak meraikan waima begitu banyak sekali onak dan duri serta kontroversi yang terpalit antara tiga penjuru ini. 

Pun begitu, satu perkara yang kita semua harus bersetuju adalah, Syamsul kini berbeza dalam ‘melayani’ drama-drama kontroversi yang membabitkan dirinya. 

Perkara itu Cik Bunga dapati saat bertemu dengannya baru-baru ini ketika dia hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Selangor. 

Tidak mahu banyak meluahkan kenyataan dan yang terbit daripada mulutnya selain ‘No Comment’. Ringkas. 

Tetapi sarat menyimpan perasaan yang mungkin pada hemat Cik Bunga, cuma dia sahaja yang tahu dan mahu ia disimpan kemas. Tak mengapalah. 

Mungkin suatu masa nanti, Syamsul terbuka untuk bercerita mengenai isi hatinya tentang segala yang berlaku. 

Bagaimanapun, satu yang Cik Bunga perasan, semakin ramai pula yang cuba mengejar Syamsul sejak sudah bergelar duda hangat ini. Tidak dinafikan, semasa bertemu dengannya di mahkamah tempoh hari, Cik Bunga perhatikan Syamsul nampak semakin tampan dan segak. 

Tengok di ruangan komen media sosial pun ramai wanita mula memujimuji ketampanan Syamsul siap ada yang berani tawar diri jadi isteri baharu. Amboi, memang tak segan langsung yang tawarkan diri itu. 

Bak kata Syamsul, gatal! Itu yang dia katakan Cik Bunga ketika kita puji dia nampak semakin tampan. Cik Bunga puji memang ikhlas, tiada niat lain pun. 

Tak pasal-pasal pula dikatanya gatal. Alahai, bergurau cara Syamsul memang begitu. Kita pun tidak ambil hati sebab sudah sangat memahami. 

Apa pun, siapa yang masuk ‘line’ mengurat Syamsul, Cik Bunga ucapkan semoga berjayalah. Rasanya dia akan utamakan kerjaya dahulu berbanding bercinta atau kembali mendirikan rumah tangga. Itu teori Cik Bungalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya