Syamsul rindu rakan media, Ira Kazar kekal tenang - Utusan Malaysia

Syamsul rindu rakan media, Ira Kazar kekal tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR : Penerbit dan pengarah, Syamsul Yusof, 40, meluahkan perasaan rindu kepada rakan-rakan media setelah sekian lama tidak bertemu terutama sejak berkahwin dengan Ira Kazar sebelum ini.

Syamsul yang hadir dengan menggenakan sut hitam lengkap dan bersongkok kelihatan tenang memasuki ruang legar Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada jam 9.05 pagi, di sini hari ini.

“Saya baik, Alhamdulillah. Komen saya, kita tunggu selepas ini. Kita tunggu selepas ini.

“Rindu kalian semua,” katanya.

Sementara itu, Ira yang hadir lima minit kemudian tidak memberikan apa-apa komen sebaliknya hanya tersenyum pada kira-kira 20 orang pihak media yang hadir.

Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata hari ini akan berjalan kes pengesahan lafaz cerai taklik yang difailkan oleh Ira Kazar.

“Pihak sana serahkan saman pada pihak kami pada 28 Ogos lalu.

“Ira failkan kes cerai taklik ini dua hari selepas kami failkan kes cerai di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

“Terdahulu, Ira failkan kes ini pada 21 Ogos lalu,” katanya.

Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak turut hadir.

“Hari ini sebutan pertama untuk lafaz cerai dan saya difahamkan hari ini akan ada siasatan dan keputusan bergantung kepada mahkamah. Kedua-dua pihak akan hadir,” katanya.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya