Suspek utama kes curi kabel ada 34 rekod jenayah

Suspek utama kes curi kabel ada 34 rekod jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Satu sindiket mencuri dan mengkhianat kabel milik Telekom Malaysia (TM) tumpas selepas tujuh ahlinya termasuk seorang suspek utama yang memiliki 34 rekod jenayah diberkas pada 5 September lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, semua suspek diberkas oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah dan Balai Polis Muar di sebuah bengkel, kira-kira pukul 4.30 pagi.

“Polis menangkap tujuh warga tempatan berusia antara 23 tahun hingga 47 tahun, terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita dipercayai mencuri dan khianat kabel bawah tanah milik TM.

“Hasil semakan mendapati, suspek utama mempunyai 34 rekod lampau, iaitu tiga kes curi kabel, 26 kesalahan jenayah dan lima kesalahan dadah. Selain itu, dua daripada tujuh suspek mempunyai rekod lampau melibatkan ke­salahan curi kabel.

“Hasil siasatan awal mendapati, sindiket ini menjalankan kegiatan mencuri kabel dengan cara memotong dan menarik keluar kabel dari mainhole menggunakan kenderaan pacuan empat roda,” katanya semalam.

Raiz Muhkliz berkata, pi­haknya merampas beberapa peralatan seperti pemotong kabel, papan tanda, kon dan tali yang disyaki digunakan dalam kegiatan curi kabel TM itu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun, atau de­ngan de­nda atau kedua-dua­nya sekali, jika sabit kesalahan.

“Siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen 431a Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau de­ngan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN