Surau Al-Barakah Bank Rakyat terima Anugerah Khas Organisasi

Surau Al-Barakah Bank Rakyat terima Anugerah Khas Organisasi Maulidur Rasul

MOHD. Na’im Mokhtar menyampaikan Anugerah Khas Organisasi Nor Haimee Zakaria sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 2024 semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Surau Al-Barakah Bank Rakyat menerima Anugerah Khas Organisasi sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 2024 semalam.

Anugerah tersebut diberikan atas kecemerlangan dalam sumbangan dan peranannya terhadap kemaslahatan ummah dan pembangunan syiar Islam.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Bank Rakyat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Barakah Bank Rakyat, Nor Haimee Zakaria berkata, pengiktirafan tersebut adalah hasil daripada impak sosial yang positif terhadap komitmen berterusan Surau Al-Barakah Bank Rakyat dalam mengutamakan perkhidmatan pengurusan hal ehwal Islam terbaik.

“Bank Rakyat amat berbesar hati atas impak positif dan sumbangan yang disalurkan kepada pembangunan komuniti saban tahun dan Bank Rakyat kekal komited membangunkan insan dan masyarakat ke arah yang lebih progresif dan bertamadun tinggi.

“Komitmen itu seiring dengan mandat Bank dalam menyediakan penyelesaian perkhidmatan dan produk perbankan patuh Syariah serta kemudahan kewangan yang berintegriti dan bertanggungjawab,” katanya.

Anugerah tersebut disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Antara inisiatif Surau Al-Barakah Bank Rakyat termasuk pelaksanaan Program Ziarah Barakah yang memperuntukkan sebanyak RM150,000 sumbangan tahunan kepada lebih 500 keluarga daripada golongan fakir miskin di seluruh negara.

Selain itu, inisiatif Tabung Jariah al-Barakah dengan kutipan sumbangan berjumlah RM132,289 yang disumbangkan kepada empat sektor utama iaitu kebajikan, kesihatan, pendidikan dan pemerkasaan ekonomi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN