Sultan Selangor berkenan terima permohonan maaf Sanusi

Sultan Selangor berkenan terima permohonan maaf Sanusi

Hakim syarie
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang dikatakan dibuat atas nama ukhuwah sesama Islam dan bangsa Melayu.

Baginda dalam utusannya kepada Muhammad Sanusi menasihati Muhammad Sanusi agar sentiasa menjaga tutur kata serta tatasusila dan jangan terlalu beremosi dan menggunakan perkataan-perkataan yang tidak baik dalam syarahan kepada rakyat jelata terutama di Selangor.

“Beta tidak mahu umat Islam sentiasa bermusuhan antara satu sama lain dan kita sesama umat Islam hendaklah sentiasa memaafkan sekiranya yang memohon maaf itu ikhlas di dalam permohonan maafnya.

“Beta tidak mahu rakyat khususnya di Negeri Selangor terpengaruh dan terbiasa mendengar kata-kata yang kesat dan tohmahan yang tidak berasas terutama sekali daripada golongan pemimpin,” titah baginda.

Jelas Sultan Selangor, kelakuan dan tutur kata yang baik amatlah penting untuk masa depan karier politik Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu.

Muhammad Sanusi semalam dilaporkan secara terbuka membuat permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Permohonan maaf itu berkaitan kenyataan beliau pada 11 Julai 2023 di Taman Selayang Mutiara di Gombak, Selangor yang didakwa menghina baginda.

Antara ucapan beliau dalam permohonan maaf tersebut temasuklah menyedari bahawa kata-katanya dalam ucapannya ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor itu menimbulkan rasa tidak selesa dan mengguris hati dan perasaan Sultan Sharafuddin

Malah, beliau juga sedar sepatutnya bersikap sopan, beradab dan tidak menghina apabila berada di negeri orang.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut mendoakan Muhammad Sanusi supaya dipermudahkan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

“Sebagai seorang pemimpin, Dato’ Seri harus memikirkan kesan yang akan diperolehi dari setiap tindak tanduk yang telah dilakukan. Akhir sekali Beta berharap semoga Dato’ Seri akan terus berjaya dan dipermudahkan di dalam melaksanakan tugas dan tanggung jawab,” ujarnya.

Pada 29 Februari lalu, Muhammad Sanusi mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas dua tuduhan menyebut perkataan menghasut berkaitan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara Kampung Bendahara, Gombak pukul 11 malam, 11 Julai tahun lalu.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya