Sultan Ibrahim berangkat ke China untuk Lawatan Negara

Sultan Ibrahim berangkat ke China untuk Lawatan Negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat ke China untuk mengadakan Lawatan Negara selama empat hari ,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat ke China pagi ini untuk mengadakan Lawatan Negara selama empat hari atas jemputan Presiden republik tersebut, Xi Jinping.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Lawatan Negara oleh Seri Paduka Baginda amat signifikan dalam catatan sejarah hubungan diplomatik Malaysia-China yang mencecah usia 50 tahun.

“Mendoakan semoga lawatan negara Baginda Tuanku di China berlangsung dengan sempurna.

“Insya-Allah kunjungan ini akan terus mempererat hubungan persahabatan antara kedua-dua negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi ini bersempena lawatan Seri Paduka Baginda ke China.

Lawatan Sultan Ibrahim ke China merupakan lawatan pertama selepas menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 31 Januari lalu.

Pada lawatan tersebut, Seri Paduka Baginda turut dijadual bertemu dengan diaspora Malaysia di China dan berkenaan menamakan semula Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University bersempena nama Sultan Ibrahim sebagai penghormatan kepada baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN